Anak syarikat Kumpulan_Sunway

Kebanyakan anak-anak syarikat terkenal terletak berhampiran dengan ibu pejabat di Bandar Sunway. Ini termasuk dua hotel utama: Sunway Resort Hotel and Spa dan Pyramid Tower Hotel. Kemudahan berkaitan pelancongan lain termasuk pusat membeli-belah Sunway Pyramid, taman tema Sunway Lagoon, pelbagai kedai-kedai minuman dan hiburan dan kemudahan santai lain.

Bandar Sunway juga termasuk kemudahan pendidikan tinggi seperti Universiti Monash Malaysia dan Universiti Sunway. Kumpulan Sunway adalah pemilik sebahagian daripada Kampus.

Kumpulan ini juga merupakan syarikat induk kepada institusi Kumpulan Pendidikan Sunway. Sunway juga merupakan syarikat induk Totalrubber Ltd, pembekal plastik industri dan getah berpangkalan di Hallam, Australia.